Sebelum aku lupa, nama mamat depan aku ni bukan mamat tapi
Zainul a.k.a Enol. Aku tak kenal sangat pun dia ni. Sebab dia kelas Sains Tulen
dan aku Sains Arab.Cuma aku tahu dia ni 'famous' sebab dia atlet, exco asrama
dan juga teman tapi mesra kawan aku si Erni tu. Aku ajar dia 'add math' sejak bulan 1 hari tu. Bukan saja-saja. Ni
semua inisetif yang para guru laksanakan untuk memantapkan persediaan para
pelajar sebelum SPM. Kebetulan cikgu yang mengajar subjek matematik tambahan di
kelas aku dan Enol cikgu yang sama iaitu Cikgu Maz. Jadi, Cikgu Maz ambik
inisetif untuk melaksanakan Program Mentor Mentee untuk membantu kami
memahirkan lagi diri kami dalam subjek ‘add math’ ni.
Dua jam kemudian....
"Untuk hari ni sampai sini jelah..nanti dekat hostel
kau try buat set yang baru tu..tak faham 'next' punya jumpa aku ajar kau."
kataku datar sambil tangan sibuk mengemas barang-barang yang berselerak di atas
meja. Yelah..dalam perpustakaan mana boleh cakap kuat-kuat. Enol hanya mengangguk
acuh tak acuh sahaja. Aku pelik. Selalunya kalau dah habis pembelajaran kami,
dia lah orang paling pantas kemas barang-barang dia then cabut macam tak cukup
tanah. Tapi hari ni tak. Dia punya gaya kemas barang tu kalah perempuan melayu
terakhir..Lemah lembut semacam..Satu-satu dia simpan dalam beg sekolah yang di
bawa. Aku nak tanya tapi aku nak cepat sebab aku dah janji nak 'jogging' dengan
Ziy dan Ara... Kang tak pasal-pasal kene marah dengan diorang kalau aku
lambat."aku balik hostel dulu." Kata ku sambil berlalu meninggalkan
Enol tanpa menunggu jawapan dari dia.
Sepanjang jalan ke hostel, macam-macam soalan yang timbul bila
teringat perangai Enol hari ni. Mungkin dia penat kot. Bisikku dalam hati. Tapi………..
Hemmmm…. Biarlah!! Bisikku lagi di dalam hati sambil langkah ku semakin laju
menuju ke hostel.
Bersambung……
No comments:
Post a Comment