Lagi seminggu nak SPM!!!! Cuak tak payah cakap lah. Rasa
macam tak belajar apa-apa. Padahal setiap tiga kali seminggu, aku, akan buat ‘study
group’ dengan Ara,Ziy, Enol dan sorang lagi kawan enol. Bulan lepas, secara
rasminya aku letak jawatan sebagai ketua aspuri. Setiap tahun memang ketua
aspuri dan exco tingkatan lima akan letak jawatan sebab warden tak nak ganggu
focus para pelajar. Buat sementara, warden akan lantik ketua aspuri dan aspura
sementara untuk mentadbir sebelum pilihan sebenar akan dibuat pada awal tahun
hadapan. Rasa lega sangat. Rasa beban yang dipikul terasa ringan.
“Ara..Ziy korang jalan dululah. Aku tertinggal kalkulatorlah
kat perpustakaan.” Tanpa menunggu balasan dari mereka aku terus berpatah balik
ke perpustakaan. Kaki ku melangkah laju kerana tepat jam 5.00 petang
perpustakaan akan di tutup. Sampai-sampai di perpustakaan aku terus menuju ke
tempat yang kami duduk tadi. Tapi atas meja tu tak ada apa-apa, kosong. Aku
tanya penjaga perpustakaan tu tapi dia pun kata memang atas meja tu tak ada
apa-apa. Memang kosong dari kami beredar tadi. Tulah cuai lagi Zaf, kan dah
hilang. Dahlh dah nak periksa. Bebelku pada diri sendiri. Aku cuba fikir
positif. Mungkin ada yang terambik kot. nanti aku tanya diorang.
“Hah Zaf!! Nasib kau tak jauh lagi. Ni kalkulator kau. Lain
kali jangan cuai, dah nak exam ni. Kalkulator tu nyawa tau.” Kata enol lalu
menghulurkan kalkulatorku.”Weh! Terima kasih. Aku ingat dah hilang dah tadi.”
Kataku girang. Enol hanya menganguk. “ Dah jom balik asrama. Dah hujung -hujung
tahun macam ni dah tak ramai budak kat sekolah. Kang ada benda ikut kau, padan
muka. Kata Enol lagi. Tak pasal, kalkulator kat tangan digunakan untuk mengetok
kepala Enol. Enol mengaduh sakit tapi aku tak heran sebab aku ketuk bukan kuat
pun. Over je lebih.
“Wei zaf, nak tak kau jadi girlfriend aku? Tanya Enol datar.
“ Aku bukan memang girlfriend kau ke? Girlfriend kan bahasa melayunya kawan
perempuan. So aku memang girlfriend kau lah.” Balasku selamba.” Bukan
girlfriend tu, girlfriend satu lagi lah a.k.a teman istimewa, makwe, pacar, apa
lagi yang sewaktu dengannya.” Kata Enol sedikit tinggi. Serta merta langkah ku
terberhenti. Enol yang perasan aku berhenti pun ikut berhenti. Tak pasal-pasal
kami berdiri macam tiang bendara beberapa saat dekat tengah-tengah tapak
perhimpunan sebelum aku tersedar.” Jap!! Kau salah makan ubat ke apa? Kau dah kenapa wei? Orang sibuk nak SPM
kau sibuk nak tanya aku benda tu? Kau asal?”Kataku dengan nada hairan.”Sebab
aku suka kau” balasnya datar. Aku terdiam. Tak pasal-pasal jantung aku
tiba-tiba laju macam aku baru lepas lari pecut 100 meter. Aku cuba bertenang
dengan cara tarik nafas dan hembus. “Ya! Aku setuju” jawap ku pantas lalu
meninggalkan Enol tanpa menunggu jawapan darinya.
Itu kisah 7 tahun yang lepas. Bila ingat balik, aku rasa
sangat kelakar. Malu pun ada. Orang sibuk nak SPM, kiteorang sibuk bercinta. Alhamdullilah.
Jodoh kiteorang panjang. Dah hampir sebulan aku sah menjadi isteri seorang
Zainul a.k.a Enol. Walaupun banyak dugaan dan rintangan waktu bercinta dulu. Tapi
itu semua yang mengajar kami untuk lebih menghargai hubungan kami.Bagi aku itu
semua kenangan manis yang akan sentiasa tersimpan dalam hati dan fikiran aku.
Betullah orang kata, cinta sejati tu tanpa kita sedar. Tanpa
kita perasan. Kita hanya dapat rasa bila tiba waktunya. Jadi…..walaupun
sekarang kita masih tak jumpa cinta sejati kita, kita tak perlu bimbang. Sebab
cinta tu hadir tanpa salam……
Tamat.......
No comments:
Post a Comment