Pejam jelik pejam jelik…..Sedar-sedar dah masuk penggal
kedua persekolahan.. Itu bermakna SPM juga makin hampir.. Tapi kerja aku tak
pernah surut.. Makin banyak adalah. Kerja sekolah jangan cakaplah, tak pernah
nak surut. Tu belum lagi hal-hal berkaitan asrama. Kadang-kadang tu sampai yang
‘iron’ kan baju sekolah aku pun Ziy atau Ara… nasib ada diorang. Diaorang lah
‘reminder’ aku, pembantu aku secara tak rasmi dan paling penting penasihat aku
setiap kali aku silap langkah. Aku tak dapat bayangkan macam mana aku tanpa
diorang. Lagi-lagi waktu aku tengah jalan pun macam tak cukup tanah ni.
Walaupun aku sibuk, aku tetap ajar Enol add math. Cuma yang
beza, sekarang aku hanya akan jumpa dia dua minggu sekali bukan seminggu sekali
waktu penggal pertama persekolahan. Kalau ada ‘emergency’ kes, Enol akan jumpa
aku waktu rehat untuk bertanya. Kami sepakat sebab enol pun sibuk juga. Jadi
masing-masing fahamlah. Cikgu maz tahu tentang perkara ni. Nasib dia tak kesah.
Asalkan aku tetap ajar Enol.
“Kau tak ada apa-apa soalan lagi kan. Jadi, hari ni sampai
sini jelah kita belajar.” Kataku datar sambil tangan laju megemas. Enol
terpinga-pinga melihat aku.”Ehh jap!”Katanya sambil menilik jam tangannya. “Baru
pukul 4.00 , ada lagi 30 minit sebelum pukul 4.30. aku nak try buat soalan
berkaitan topik yang kau baru ajar. Sempat aku buat 2 3 soalan. “Sambungnya
lagi. Aku hanya mampu memandang kosong ke arah Enol. Nak tunggu sampai pukul
4.30, tapi………………. Hemmmm….”aku ada hallah. Lupa nak bagi tahu kau. Kau buat
jelah dulu,nanti aku semak jawapan kau. Bye aku pergi dulu.” Kataku lalu
melangkah keluar dari perpustakaan. Enol hairan. Tetapi dia hanya membiarkan
saja aku pergi meninggalkan perpustakaan.
“Argh!!!! Annoying sangat dengan semua benda yang jadi
sekarang..Aku tak tahan..Aku nak give up semua ni..Tapi aku tak mampu nak bagi
tahu diorang…Penat lh pendam semua ni…Penat…Menyesal terima jawatan
ni..Menyesal!!!!” rintihku dalam hati. Tanpa sedar cecair bening membasahi
pipi. Aku kesat dengan menggunakan lengan baju…Tapi ia tetap juga tak nak
kering…Makin laju..
Sejak dua tiga minggu ni banyak sangat masalh yang
menimpa…aku rasa macam ada batu yang menghempas kepala. Berat sangat..sampai aku tak tahu
macam mne nak selesaikan. Masalah asrama, keluarga dan pelajaran datang sekali
gus. Mula-mula aku ingat aku boleh ‘handle’ semua ni…Tapi aku silap. Aku ada je
kongsi pada Ara dan Ziy..Tapi tak semua..sebab aku tak nak diorang risau.. Pada
ibu pula aku tak sanggup sebab aku tak nak bebankan ibu. Akhirnya aku terpaksa
simpan dalam hati sampai aku rasa hati aku pun tak dapat nak tampung lagi.
Depan kawan-kawan dan keluarga aku tersenyum sahaja.”Argh!!!!!!!!!
serabut!!!!”jeritku dalam hati. Walaupun angin tiup sepoi- sepoi bahasa dekat
taman depan makmal sains ni. Hati aku tetap tak tenang.
“Zaf..” serta merta aku tersedar dari lamunan ku. Aku
pandang sekeliling. Aku tetiba seram sejuk. Sebab selalunya waktu petang-petang
macam ni tak ada pelajar yang akan berada di sini kerana taman ni berada di
blok untuk pelajar sesi pagi sahaja. Jadi pelajar sesi petang tak akan ke sini.
Lagi pun sekarang pelajar sesi petang sedang solat asar berjemaah di dewan. Aku
berfikir positif. Mungkin aku salah dengar kot. Tetiba aku nampak seseorang
yang aku kenali melangkah ke arahku. Sepantas kilat aku mengesat air mata yang
mengalir dengan lengan baju.
“Zaf….kau buat apa kat sini sorang-sorang??” Serta merta aku
melakarkan senyuman ke arah empunya suara.”Aku saja-saja ambik angin. Kau asal
tak balik hostel lagi Nol?? Kan hari ni kita habis awal. Patutnya kau ambik
kesempatan ni ‘qadak’ tidur.” Kataku riang untuk menyembunyikan suara ku yang
serak akibat menangis. Enol hanya memandangkan ku lalu dia duduk di bangku
bersebelahan dengan ku.
“Asal kau nangis? Ada masalah ke? Kalau ada kongsi lah
dengan aku. Jangan simpan sorang-sorang. Selama ni kau tolong dengar masalh
aku, bagi nasihat kat aku. Kali ni aku pula jadi pendengar masalah kau,
penasihat kau” kata Enol dengan nada lembut seperti memujuk. Aku hanya ketawa
untuk menutup resah di hati.”Hahahaha….kau cakap apa ni Nol aku okay jelah…tak
ada masalh apa-apa pun. Kau ni, pandai-pandai je.” Tak kan aku nak cerita
dengan dia kot. Aku malu.
“Kau tak payah nak ‘cover’ lah. Dah kalau mata merah, muka
sembab… aku bukan budak kecik yang kau boleh tipu.” Kata Enol.” Kau selalu
pesan kat aku,kalau ada masalah share dengan someone so aku akan rasa tenang.
Tapi kau hanya pandai bagi nasihat kat aku. Bila diri sendiri, hanyut terus
dengan masalah.”Kata Enol sedikit tegas. Aku terdiam mendengar kata-kata Enol.
Tanpa sedar, air mata aku gugur semula. Tanpa mampu berfikir aku meluahkan
semua masalh aku pada Enol. Aku bercerita sambil tersedu-sedu. Enol setia
mendengar. Sekali sekala dia ada juga menyelit memberi nasihat dan pendapat.
Kami di situ sehingga loceng berbunyi menandakan waktu untuk pulang bagi
pelajar sesi petang. Aku rasa tenang selepas meluah apa yg terbuku.
Semenjak itu, kami sentiasa berkongsi cerita setiap kali ada
masalah. Enol nasihat aku, aku nasihat Enol. Tapi biasalah, bila lelaki dengan
perempuan rapat, banyaklah gossip yang akan dijaja di sekolah dan asrama.Kami
tak kesah semua tu. Sebab kami je tahu tahap mana hubungan kami. Nasib Ara dan
Ziy faham bila aku jelaskan pada mereka. Tapi yang tak bestnya.Sejak aku dengan
Enol rapat, hubungan Enol dan Erni makin renggang. Sebab apa? Itu cuma Enol
yang tahu. Erni pun tak ada cakap apa-apa pada aku. Hubungan aku dengan Erni
pun macam biasa je.
Bersambung.......
No comments:
Post a Comment