Waktu-waktu macam ni tak ramai pelajar dekat ‘library’. Yelah,
jam baru menunjukan pukul dua petang. Jadi masing-masing tengah rehat di bilik
setelah seharian di sekolah. Selalunya ramai je budak-budak dating, lepak or
study kat sini. Mana taknya, perpustakaan lah satu-satunya tempat yang ada
penghawa dingin. Masuk je dalam ‘library’ terus terasa kedinginannya. Pukul
2.30 aku ada perjumpaan dengan ketua warden dan beberapa exco asrama untuk
bincangkan mengenai program yang akan dilaksanakan bulan 3 nanti. Jadinya aku
ada lagi 30 minit untuk baca novel. Yeah!! Sorakku dalam hati.
Eh! itu bukan enol ke? Jauh noh termenung. Ni mesti kalau
aku sergah dia terperanjat. Kataku sendiri sambil tersenyum jahat. Tanpa menunggu
lama aku terus menuju ke tempat enol. “hah!!!” Sergahku. “Ehh mak kau!!”Tak
pasal-pasal enol melatah. Hilang terus kemachoan dia bila melatah macam tu. Aku
cuba mengawal ketawaku agar tak terlalu kuat.Kang tak pasal-pasal kene marah
dengan pengawas perpustakaan yang bertugas. “Kurang asam punya ketua aspuri.
Ketua apa perangai macam ni. Buat contoh tak baik je dekat budak-budak lain.”
Kata enol dingin sambil tangannya laju mengusap dada bagi menghilangkan rasa
terkejut. “Hello..gelaran tu cuma time kat asrama je ye…kat sini aku still
pelajar biasa. Dah kau tu termenung dari tadi apasal. Sampai aku datang pun tak
perasan. Ni dah kali kedua tau aku nampak kau termenung. Ada masalah ke?? Share
lah..kot-kot aku boleh tolong.”
Aku mengambil tempat duduk di hadapan Enol. Enol hanya pandang
aku dengan pandangan kosong. Setelah beberapa minit senyap, akhirnya Enol
bersuara.”Aku sebenarnya pening lah Zaf…Aku tak tahu dah nak buat macam mana
lagi denga si Erni tu.” Aku kehairanan bila Enol cakap macam tu. Setahu aku
diorang elok je. Erni pun tak ada cerita apa-apa kat aku. Aku hanya membiarkan
enol meneruskan apa yang ingin disampaikan.
Rupa-rupanya , semua pasal kes cemburu. Erni cemburu bila
enol rapat dengan perempuan lain. Enol rasa benda tu biasa je sebab bagi dia
hubungan dia dengan Erin setakat teman tapi mesra je tapi kenapa sampai nak
marah-marah sebab cemburu. Aku pun tak berapa faham sangat tentang hubungan
diorang ni… Lagi ’complicated’ dari orang yang dah dalam ‘special
relationship’. Apa yang aku boleh nasihat kan si Enol tu just sabar jelah. Kata
sayang..
Cerita punya cerita, baru aku sedar sekarang dah pukul 2.40
petang. Itu maksudnya aku dah lambat 10 minit untuk ‘meeting’. Tanpa berlengah
aku minta diri dari enol. “ Okaylah aku dah lambat ni nakpergi meeting. Aku
gerak dulu.” Kataku sambil bangun dari tempat duduk. “Meeting pasal program
bulan 3 ni ae?” Tanye enol sebaik melihat aku seperti terburu-buru. Aku hanya
mengiakan sambil menganggukkan kepala.”Pergi sama. Aku pun kene pergi meeting
tu”. Balasnya. Kami terus membuka seribu langkah menuju ke tempat perjumpaan.
Dalam perjalanan Enol sempat mengucapkan terima kasih pada ku sebab sudi dengar
masalah dia.
Sejak dari kes itu, kami jadi makin rapat dan secara tak
rasmi aku menjadi penasihat tak berbayar Enol. Setiap kali dia ada masalah dia
akan tanya pendapat aku. Kadang-kadang aku hanya dengar je masalah dia.
Walaupun kami rapat, kami tak ada apa-apa hubungan lebih dari kawan. Sebab aku
tahu dia sayangkan Erni tu walaupun sampai sekarang Erni tu tak nak ‘couple’
dengan Enol walaupun dah banyak kali Enol tanya.
Bersambung……..
No comments:
Post a Comment